Skip to main content

MOTIVASI HIJRAH PADA USIA MUDA MAHUPUN BERUSIA!

 

Assalamualaikum! 

Alhamdulillah, terdetik juga hati awak untuk melayari blog saya ini untuk membaca sedikit motivasi daripada saya. Semoga posting ini dapat memberi motivasi kepada anda yang membaca dan istiqamah dalam perjalanan hijrah ini. 


#1 

Percaya atau tidak, tetapi perasaan yang terlintas dalam hati dan minda awak bagi tujuan ingin berubah ke arah kebaikan atau berhijrah telah memberikan satu pencapaian yang amat besar dalam hidup awak. Bersyukurlah wahai sahabatku. Tidak semua dapat merasai perasaan sebegini. Janganlah kamu sia-siakan detik awal kamu ingin berhijrah! Berhijrah ini bukan mudah ye sahabatku! Kita diuji dengan pelbagai ujian yang kita tak pernah terfikir ianya akan berlaku. Tetapi semuanya ada hikmah dan Allah uji sebab apa? Sudah semestinya sebab Allah sayang kan! Tetapkanlah imanmu supaya bersabar dalam menghadapi ujian.  Ia adalah proses melakukan perkara-perkara yang disukai Allah dan jalan ke Syurga. INGAT! Awak dalam fasa pertama berhijrah ni! Dah terdetik dalam hati untuk berhijrah, jangan sia-siakan dan pusing balik untuk melihat kisah silam kita tau! Kita sesama umat Islam akan lalui sama sama dan bantu awak, InsyaAllah! :)


#2

Awak umur berapa? 12? 14? 17? 20? 32? 45? 71? 85?

Hey! Tak kisah lah awak umur berapa! Berhijrah ni tak kira umur saahabtku. Lebih awal semestinya lebih bagus! Kepada yang sudah berusia mahupun masih muda dan baru sahaja ingin berubah, teruskanlah berjuang! Jom kita start dengan anak-anak muda dulu ya. 

Kebanyakkan orang kata, kalau kita ni masih dalam lingkungan remaja atau anak dara/bujang, kita masih ada banyak lagi masa untuk hidup dan orang selalu berkata "masih muda ni, enjoy lah dulu!".MasyaAllah. Dengar ni sahabat. Ajal dan maut bukan di tangan kita dan tak ada signboard pun boleh katakan bila ajal kita. Janganlah kita pertikaikan hal ini disebabkan kita berusia muda sahaja! Kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita. Kita sebagai manusia yang berada di muka bumi ini buat sementara sebelum dijemput ke Alam Barzakh, kita kena siap sedia lah untuk membekalkan amalan tatkala kita dijemput Illahi nanti. Saya yakin. Anda yang membaca ini akan menjadi seorang yang soleh dan solehah. InsyaAllah!

Kepada yang sudahpun berusia dan sekarang baru terdetik untuk berubah. Jangan hirau!! Selagi mata itu diberi peluang untuk bukak, jantung masih berdegup setiap saat dan masih boleh menghembuskan nafas kita, berubahlah sebaik boleh! Allah sahaja tahu isi hati kita. Allah itu Maha Pengampun. Berusaha lah sedaya upaya untuk meminta ampun atas segala kesilapan yang dilakukan. Teruskan berjuang!

#3

Kata-kata negatif dari orang sekeliling tidak akan membawa kita ke mana-mana! Kita tuan badan, kita tahu tujuan kita buat semua ini. Kita berubah kerana Allah! Bukan kerana manusia lain! Lebih-lebih lagi untuk memuaskan, memikat, mencairkan mata-mata lelaki ajnabi! Berubahlah kerana Allah! Sebanyak mana kata-kata negatif yang tercampak ke atas kamu, semuanya tidak guna dan berfaedah. Orang kutuk ke, maki ke, sindir ke, semuanya hanya akan merosakkan hati yang ingin berubah ini. Ingat. Sejahat mana pun orang buat dekat kita, balas dengan kebaikan. Nabi Muhammad SAW pun bertingkah laku sebegini tau! Manfaat yang kita dapat daripada kata-kata negatif ni, kosong. Tiada manfaat langsung. Cuba kita cari orang sekeliling yang positif supaya dapat membantu dan sokong kamu dalam berhijrah ini! Sudah pasti, awak akan menjadi lebih tenang! 


Penutup

Anda tidak terlalu lambat untuk bertaubat. Pintu taubat terbuka kepada semua orang dan masih terbuka! Marilah sama-sama kita berubah ya! Ujian akan datang bila-bila masa sahaja tetapi kita KUAT untuk melaluinya! Berubah kerana Allah ya. Jangan putus asa ya.

-

Saya sebagai manusia sesaudara Islam, akan sentiasa mendoakan kalian semua istiqamah dalam hijrah ini! Sebarang persoalan terbuka kepada siapa-siapa sahaja, saya akan menjawabnya, InsyaAllah. Jika ingin bercerita tentang hidup kamu pun boleh! Saya ingin membacanya, mana tahu boleh bantu sikit? :)

Semoga kita semua diberi ganjaran Syurga Firdaus, Aamiin! Sama-sama kita doakan ya! 

Alhamdulillah, semoga sharing ini membantu kalian semua! InsyaAllah, banyak lagi posting tentang hijrah akan dituliskan dalam blog ini. Terima kasih atas sokongan dan minat awak dalam membaca blog saya! Semoga bermanfaat dan bertemu lagi di lain masa yang akan datang.

Assalamualaikum!

Ikhlas, rsleeya







Comments